Pages

17 August 2018

Baiki System Files Bermasalah di Komputer

Komputer bermasalah, perlahan atau selalu error, berkemungkinan terdapat system files rosak yang perlu dibaiki dan diganti baru dengan versi betul daripada Microsoft.

Anda boleh ikuti langkah mudah ini:

Klik Start dan taipkan cmd kemudian right-click dan pilih run as administrator.

Di dalam command prompt tersebut taipkan sfc /scannow dan ia akan memulakan pengimbasan pada system files di komputer. Pembaikian dan penggantian files akan dilakukan jika mampu dan proses ini memakan sedikit masa. Setelah selesai anda akan melihat penulisan seperti di gambar di bawah.


01 August 2018

Cara Memadam Artikel di Homepage Chrome Android

Apabila membuka Chrome di homepage terdapat banyak artikel tersenarai di bahagian bawah skrin, anda mungkin tidak pernah pun hendak klik dan membaca artikel-artikel tersebut.

Untuk menghentikan suggested articles berkenaan, ikuti langkah-langkah di bawah.

Buka tab baru di chrome dan taipkan chrome://flags seperti di dalam gambar. Kemudian tekan go atau enter.


Anda akan lihat page seperti gambar di bawah, di dalam kotak search tersebut taipkan #enable-ntp-remote-suggestions dan tekan enter.




Selepas memilih DISABLED, tekan butang RELAUNCH NOW yang tertera di bahagian bawah skrin untuk melancarkan Chrome semula.
Akhir sekali anda juga perlu mengubah setting di bahagian privacy.




Pastikan kotak Search and site suggestions tidak bertanda.