Pages

30 July 2018

Cara Fix Video Facebook 10GB Free Celcom Tidak Dapat Play, Buffering, Slow

Sejak lebih sebulan yang lalu, ramai pengguna Celcom termasuklah saya sendiri mengalami masalah tidak dapat play semua video di Facebook walaupun mempunyai quota 10GB percuma yang diberikan Celcom.

Sebelum itu ingin saya huraikan dulu masalah ini iaitu kelajuan data Facebook percuma adalah pantas seperti biasa termasuklah speed upload dan live stream, namun perlahan apabila menonton sesuatu video, speed menjadi lambat atau video langsung tidak dapat dimainkan. Jika ini masalah yang sama anda hadapi maka diharap fix ini dapat membantu.

Terima kasih diucapkan kepada pengguna Facebook Ayie Alias Acik atas perkongsian fix ini.

Ikuti langkah di bawah:

Pergi ke tetapan simkad / Network Setting kemudian tekan Access Point Names.


Di dalam APN setting, anda perlu tekan anak panah seperti di dalam gambar.


Skrol ke bawah dan cari APN Protocol. Tetapkan ia kepada IPv4 sahaja.


Pastikan anda save setting ini sebelum keluar.