Pages

27 July 2018

Rakam Video Demo CSGO Dengan Smooth dan Lancar

Jika anda mempunyai komputer berspesifikasi rendah, merakam sesuatu replay @ demo CSGO serta mengekalkan fps tinggi adalah sukar kerana ia mengerah kekuatan cpu pada masa yang sama. Untuk mendapatkan smooth recording anda perlu melakukan beberapa langkah ini.
  • Menggunakan recording software ringan seperti ShadowplayBandicam atau OBS
  • Memastikan tiada aplikasi lain berjalan di background bagi mengurangkan penggunaan cpu
  • Merakam demo pada kelajuan perlahan
Ketika memulakan rakaman, anda perlu memainkan demo/replay pada kelajuan rendah/perlahan. Keluarkan demoUI di CSGO dengan menekan Shift+F2 kemudian pilih speed 1/4. Kelajuan rendah ini membolehkan recording software merakam lebih banyak video details dalam 1 saat.

Di dalam editing software, anda perlu mempercepatkan video kepada kelajuan 4x atau 400%. Percepat dan sesuaikan pitch audio mengikut bunyi asal game.

Disebabkan rakaman perlahan mempunyai banyak details dalam sesaat, setelah dipercepatkan kepada kelajuan asal iaitu 400%, video akan kelihatan smooth dan lancar.